SYARAT ASAS PENGUSAHA STESEN MINYAK BURAQOIL
  • Permohonan kepada IPTB SDN BHD boleh dibuat secara persendirian tertakluk kepada;
    • Warganegara Malaysia,
    • Berumur antara 20-55 tahun pada tarikh permohonan
  • Tapak cadangan berkeluasan minima 15,000 kaki persegi atas milikan sendiri atau disewa atau dipajak. Sekiranya tanah disewa atau pajak perlulah mengemukakan surat perjanjian pemilik tanah.
  • Jarak tapak cadangan tidak kurang daripada 10km dari sebarang stesen minyak sedia ada.
  • Berupaya untuk membangunkan stesen dengan Modal Pembangunan sekurang-kurangnya RM500,000.00.
  • Mempunyai Modal Berbayar atau Modal Pusingan sekurang-kurangnya RM50,000.00 setelah stesen dibangunkan.
  • Bersedia mengurus atau mengendali stesen minyak secara sepenuh masa atas dasar milik perkongsian atau Sdn Bhd.